Info Sekolah


Sejarah Sekolah Kebangsaan Bohor


Sekolah Rendah Kebangsaan Bohor dinamakan sempena Kampung dimana ia terletak iaitu Kampung Bohor. Bohor membawa erti “kawasan tanah dalam”.

          Sekolah Rendah Kebangsaaan Bohor dahulunya dikenali sebagai Sekolah Inggeris Hutan Kampung. Ia ditubuhkan pada tahun 1958, setahun selepas Negara mencapai kemerdekaan.

          Bangunan sekolah dibina pada tahun 1957. Terdapat empat bilik darjah, sebuah bilik pejabat dan sebuah tandas. Sesi persekolahan pertama bermula pada 1.1.1958 dengan dua orang tenaga pengajar dan lapan orang murid. Pada tahun itu hanya ada Darjah Satu sahaja. Murid dalam kelas tersebut terdiri daripada enam orang murid lelaki dan dua orang murid perempuan.

          Mr Baharum b. Hashim dilantik sebagai Guru Besar dan dibantu oleh Cik Rokiah bt Hashim iaitu seorang guru sementera. Bahasa pengantar sekolah ini ialah Bahasa Inggeris.

          Sekolah ini pernah dikenali sebagai “Special Malay School” dan kemudiannya “Sekolah Rendah Kebangsaan Hutan Kampung”. Tenaga pengajarnya ialah guru-guru lepasan DTC (Days Training College).

          Pada tahun 1990  pula sekolah ini ditukarkan nama kepada Sekolah Rendah Kebangsaan Bohor kerana ramai orang sering keliru dengan Sekolah Kebangsaan Hutan Kampung.


          Tahun 1998 semua sekolah diselaraskan menjadi Sekolah Kebangsaan. Oleh itu nama sekolah ini sekali lagi ditukar kepada Sekolah Kebangsaan Bohor.



















PELAN SKB







No comments:

Post a Comment

MAJLIS KHATAM AL-QUR'AN SEMPENA PENUTUP PROGRAM IHYA RAMADAN & QUR'AN HOUR

  6 MEI 2021 [KHAMIS] MAJLIS KHATAM & QUR'AN HOUR ON AIR UCAPAN AIDILFITRI PK PENTADBIRAN & GURU BESAR SUMBANGAN DUIT RAYA PENYE...